SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 9 Disember yang lalu, SKSM telah menerima Guru Besar baru iaitu Cikgu Sharudin Bin Md Taib yang menggantikan mantan Guru Besar yang telah bersara pada bulan November yang lalu. Seluruh warga SKSM ingin mengucapkan "Selamat Datang" kepada Cikgu Sharudin, semoga dengan kedatangan Guru Besar baru ke sekolah kami bakal meneruskan dan memantapkan lagi kecemerlangan yang dibina di SKSM.

HARI PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR 2019

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 21 November baru-baru ini, keputusan rasmi UPSR 2019 telah diumumkan. Oleh yang demikian, murid-murid serta ibu bapa telah hadir ke sekolah sekitar jam 10 pagi dan telah menerima slip PPSR serta keputusan UPSR yang disampaikan oleh Guru Besar SKSM, En. Shahrom Bin Saioon. Tahniah diucapkan kepada murid-murid Tahun 6 kerana berjaya menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah. Doa kami agar kalian sentiasa terus cemerlang dunia akhirat.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah berlangsung dengan lancarnya pada 20 November 2019. Bermula selepas bacaan Yassin, semua murid dan guru berkumpul di Dataran Ibnu Khaldun untuk perarakan bersama sepanduk beserta bacaan selawat di sekitar kawasan perumahan yang berdekatan dengan sekolah. Aktiviti yang telah dijalankan adalah Pertandingan Mewarna (Tahap 1), Melukis Poster (Tahap 2), Hafazan, dan diakhiri dengan Pertandingan Nasyid/Selawat. Tahniah kepada semua yang terlibat!.

MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 & JAMUAN TAHUN 6

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Majlis Apresiasi Tahun 6 & Jamuan Tahun 6 yang telah berlangsung pada 10 November 2019



HARI KEUSAHAWANAN

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 17 Oktober yang lalu, SKSM telah menjayakan program Hari Keusahawan yang melibatkan murid-murid Tahun 6.  Pelbagai jualan telah diadakan. Tahniah kepada semua guru yang terlibat bagi menjayakan program ini.

HARI SUKAN NEGARA & HARI KANAK-KANAK

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 15 Oktober yang lalu, SKSM telah menjayakan program Hari Sukan Negara serta Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti 100 Langkah Kasih Sayang, Pertandingan Mewarna Tahap 1, Permainan Ubahsuai Tahap 2, Sambutan Hari Jadi Bulan Oktober, dan juga Persembahan Pak Kadut. Selain itu, sempena Hari Kanak-Kanak, aiskrim percuma juga turut diberikan kepada semua murid. Tahniah buat semua warga SKSM, kerana telah bekerjasama bagi menjayakan program ini.


CERAMAH MOTIVASI

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 9 Oktober yang lalu bertempat di Dewan SK Seri Machap serta Makmal Komputer satu Ceramah Motivasi melibatkan semua murid Tahap 2 telah diadakan. SKSM mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat

PROGRAM PASCA UPSR - IKATAN & CELUPAN

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 2 Oktober yang lalu, semua murid Tahun 6 telah didedahkan dengan aktiviti ikatan dan celupan. Aktiviti ini diadakan sebagai salah satu aktviti dalam Program Pasca UPSR bagi mendorong kebolehan/kemahiran serta kreativiti murid-murid. Tahniah diucapkan buat guru-guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2019

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Satu majlis penutupan bulan kemerdekaan anjuran bersama Panitia Sejarah dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah diadakan pada 19 September 2019 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun SK Seri Machap. Majlis ini diserikan dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik antara kelas, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik antara guru perempuan dan lelaki dan pertandingan pakaian merentasi antarabangsa di kalangan guru-guru. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk kesemua pertandingan yang telah dijalankan sempena bulan kemerdekaan. SKSM mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah atas kerjasama daripada semua pihak.


AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2019 - PERTANDINGAN ZUMBA/SENAMROBIK

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Satu Pertandingan Zumba/Senamrobik antara kelas telah diadakan pada sempena aktiviti bulan kemerdekaan pada 18 September 2019. Pertandingan ini diadili oleh barisan pentadbir SKSM.


PROGRAM BUBUR ASYURA SK SERI MACHAP

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tahniah kepada unit dakwah dan seluruh warga SKSM kerana telah berjaya menyediakan bubur  Asyura untuk diagihkan  kepada warga sksm serta murid-murid SKSM. Jutaan terima kasih juga diucapkan buat para penyumbang dalam menjayakan program ini. Untuk makluman, sesi memasak bubur Asyura telah diketuai oleh Cikgu Zailani dan dibantu oleh rakan-rakan guru serta pekerja SKSM. 

CUTI UMUM SEMPENA HARI MALAYSIA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Kami warga SKSM mengucapkan :

PELANCARAN PROGRAM PENGHAYATAN RUKUN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Program: Pelancaran Program Penghayatan Rukun Negara
Tarikh: 15 September 2019 (Ahad)
Tempat: Dataran Ibnu Khaldun
Tentatif Program:
7.30  Murid² berhimpun
7.45  Asma'ul Husna
           Bacaan Doa Oleh Cikgu Tn.Rozaimi
           Nyanyian:
           Lagu  Negaraku
           Lagu Bangsa Johor
           Lagu Sekolah
8.00  Perdengarkan
           Lagu Rukun Negara
           Lagu Jalur Gemilang
8.10  Lafaz Ikrar Rukun Negara Serentak di Semua Sekolah   
           Seluruh Negeri Johor (diketuai Cikgu Faizal)
8.20  Ucapan Perasmian Oleh GB
8.30  Gimik Pelancaran (Kelas 3 Jujur)
          Perdengarkan Lagu Patriotik
          Persembahan Puisi Rukun Negara(5 pelajar T6)
          Kuiz Sayangi Negara Kita (dikendalikan oleh Cikgu Sarifah)
9.50  Bersurai







CUTI UMUM SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG XVI

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
SKSM dengan ini Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena ulang tahun  hari keputeraan tuanku pada 9 September 2019 (Isnin). Semoga Tuanku Dirahmati Allah SWT. Insyallah. Daulat Tuanku
Sembah Takzim dari kami warga SK Seri Machap

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2019 - REKA CIPTA BANNER TAHAP 2

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Aktiviti Bulan Kemerdekaan diisi dengan Pertandingan Reka Cipta Banner (Tahap 2) yang bermula pada 16 Ogos 2019 hingga 6 September 2019. Nama pemenang akan diumumkan pada program penutupan bulan kemerdekaan yang dijangka akan diadakan pada 19 September 2019. 


SELAMAT MENJALANI UPSR TAHUN 2019

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Diam tak diam, tiba jua masa yang dinanti-nantikan oleh murid Tahun 6 dan juga semua guru sekolah rendah seluruh Malaysia iaitu Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Tarikh bermulanya UPSR untuk SKSM adalah pada 4 September 2019. Kami berharap calon-calon UPSR bagi SKSM dapat melakukan yang terbaik untuk memastikan kejayaan dalam genggaman. Doa kami sentiasa mengiringi kalian. Semoga berjaya !!
"Ya Allah,  Ya Rahman,  Ya Rahim...Rahmati dan mudahkan urusan mereka. Aamiin"


AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2019 - PERTANDINGAN SILANG KATA & MEWARNA JALUR GEMILANG

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Aktiviti Bulan Kemerdekaan diisi dengan Pertandingan Silang Kata (Tahap 2) & Mewarna (Tahap 1) pada 29 Ogos 2019. Nama pemenang akan diumumkan pada program penutupan bulan kemerdekaan yang dijangka akan diadakan pada 19 September 2019. 



MAJLIS IZIN ILMU

Tarikh: 29.08.19 / Khamis
Masa: 8.00 pagi / Selepas Bacaan Yassin
Tempat: Dataran Ibnu Khaldun
Sasaran: Semua murid Tahun 6 dan semua guru SKSM



AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2019 (PERMAINAN DALAMAN TRADISIONAL)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 27 Ogos yang lalu, aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan diisi dengan aktiviti Permainan Dalaman Tradisional. Aktiviti tersebut dijalankan pada slot 1M1S. 


PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2019

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pelancaran Bulan Merdeka Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Ogos 2019. Warga SKSM disajikan dengan persembahan sketsa kemerdekaan dari anak-anak SKSM. Tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
 
 
 

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2019 & MAJLIS LAMBAIAN KASIH PN ROSMINI BINTI BASRI

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Pada 1 Julai 2019, bertempat di Dataran Ibnu Khaldun, semua warga SK Seri Machap telah meraikan sambutan hari raya peringkat sekolah. Program tersebut juga turut meraikan Cikgu Rosmini Binti Basri yang telah berpindah ke SK Jubli Intan. Pelbagai aktiviti menarik melibatkan warga SKSM serta murid-murid telah dijalankan antaranya ialah Marhaban serta Selawat beramai-ramai, Pertandingan Mencipta Kad Raya, Pakaian Tercantik, Pakaian Sedondon, Pertandingan Lagu Raya (Tahap 1 dan 2), Sambung Lirik Lagu Raya, dan diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk setiap pertandingan yang dijalankan. 
Syabas dan tahniah buat Unit HEM, Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Dakwah, dan PIBG diatas usaha bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar serta tidak lupa juga jutaan terima kasih buat mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. 





HARI TERBUKA: HARI ANAKKU SAYANG 2019

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Pada 30 Jun 2019, SKSM telah mengadakan program Hari Terbuka Anakku Sayang. Para ibu bapa dijemput hadir untuk berjumpa dengan para guru kelas untuk mengetahui prestasi sebenar murid-murid dalam pembelajaran. Program ini juga dapat mewujudkan hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan pihak sekolah.


\

ANUGERAH AKADEMIK TERBAIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
SKSM mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Terbaik Akademik bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019. Diharap pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan untuk peperiksaan Akhir Tahun nanti.



TERBAIK MEI 2019

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang telah  diumumkan sebagai Kelas Terbersih & Bermaklumat serta Kehadiran Terbaik bagi bulan Mei. Antara kelas-kelas tersebut ialah kelas 2 Jujur (Tahap 1) dan 6 Jujur (Tahap 2) bagi  kategori Kelas Terbersih & Bermaklumat. Untuk kategori Kehadiran Terbaik Bulan Mei pula, dimenangi oleh 1 Ikhlas (Tahap 1) yang mencapai peratus kehadiran sebanyak 97.09% dan 4 Ikhlas dan 4 Jujur (Tahap 2), masing-masing mencapai peratus kehadiran sebanyak 97.62%. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Kami warga SKSM mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa bermula pada 10 Jun 2019.



MAJLIS KHATAM AL-QURAN & TAHLIL PERDANA PERINGKAT SEKOLAH

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Sebagai penutup kepada “Program Ihya' Ramadhan” anjuran Badan Dakwah SKSM, satu Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Perdana telah diadakan  pada hari terakhir persekolahan bagi pertengahan penggal, iaitu hari Khamis 23 Mei 2019 bersamaan 18 Ramadhan 1440H. Yang dipertua PIBG turut dijemput memeriahkan majlis ini. Majlis dimulakan dengan aktiviti mingguan, iaitu bacaan Yasin. Seterusnya, majlis khatam Al-Quran diteruskan dengan diketuai Ustaz Mohd Afiq. Tahlil juga dibacakan untuk disedekahkan kepada nama-nama yang diberikan oleh keluarga warga SKSM. 
Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan persembahan bacaan selawat dikalangan murid-murid SKSM, disusuli dengan tazkirah dan kuiz spontan sempena bulan Ramadhan, penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan teka silang kata yang diadakan sempena majlis Khatam Al-Quran ini. Selain itu, murid yang tidak berkemampuan juga turut menerima sumbangan daripada SKSM dan yang terakhir, pemberian duit raya kepada kesemua murid SKSM duit raya daripada guru-guru SKSM. 






SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
SKSM mengucapkan selamat menjalani Peperiksaan Setengah Tahun bagi sesi 2019 buat  semua murid Tahap 2 yang telah bermula pada hari Isnin 13 Mei 2019 dan berakhir pada Khamis 16 Mei 2019.  Semoga usaha mereka dipermudahkan. Insha'allah

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1440H 2019M

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Kami warga SK Seri Machap, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Semoga kita mampu menjalani ibadah puasa ini dengan sebaiknya. Insya'allah.


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera, 
BAKES SKSM telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 5 Mei 2019 yang bertemakan 'Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi'. Majlis tersebut diawalkan sambutannya memandangkan tarikh 16 Mei jatuh pada bulan Ramadhan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG sekolah iaitu En. Zainal Abidin. Semua guru serta kakitangan SKSM sedondon memakai pakaian baju Korporat untuk meraikannya. Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya ialah, bacaan ikrar oleh barisan guru-guru, sukaneka, acara memasak maggi, musang berjanggut dan penyampaian hadiah serta cenderahati. Kami daripada SKSM mengucapkan Selamat Hari Guru semua warga pendidik seluruh Malaysia.



PELANCARAN IHYA RAMADHAN

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah kita semua berkesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Oleh itu, pada 5 Mei 2019, Badan Dakwah SKSM telah mengadakan program Pelancaran Ihya Ramadhan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, bacaan Yassin , pelancaran Ihya' Ramadhan, ucapan GB, taklimat aktiviti sepanjang ramadhan serta persembahan khas berbentuk Pentomen oleh anak-anak SKSM. 
Untuk aktiviti sepanjang bulan ramadhan adalah,  Tadarus Al-Quran, Tazkirah, Kuiz Ramadhan, Pertandingan Menghafaz Juz Amma & Surah Lazim, Teka Silang Kata, Ceramah Nuzul Al- Quran, dan Majlis Khatam Al-Quran. 


PROGRAM JOM BACA 10 MINIT

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 23 April 2019, tepat jam 11.00 pagi, warga SKSM telah menjayakan program Jom Baca 10 Minit. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan membaca dan ianya dijalankan serentak di seluruh Malaysia oleh Perpustakaan Awam Negeri masing-masing, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Akademik, dan semua sekolah di seluruh Malaysia. 

PEMERIKSAAN KESIHATAN & SUNTIKAN TAHUN 1

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,


Tarikh : 21 April 2019
Tempat : Bilik Gerakan PIBG



TERBAIK MAC 2019

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang telah diumumkan sebagai Kelas Terbaik & Kedatangan Terbaik bagi bulan Mac .






CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Sempena cuti sekolah yang bermula pada 22 Mac 2019, SKSM mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid dan guru SKSM. Diharap anda semua dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri selama sesi cuti persekolahan berlangsung. Juga diingatkan kepada semua murid-murid agar menyiapkan tugasan yang telah diberikan buat guru-guru. 

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
 Pada 17 Mac 2019, bertempat di Dewan Ibnu Sina SKSM, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 yang dirasmikan oleh En. Muhammad Shahrul Azmi Bin Md Kamil (Timb. Pegawai Daerah Kluang) yang mewakili Pegawai Daerah Kluang. Seramai 136 orang (ibu bapa dan guru) telah menghadiri mesyuarat tersebut. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menghadiri diri sebagai tanda sokongan kepada PIBG SKSM.


SOLAT HAJAT KHAS BUAT WARGA PASIR GUDANG

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Berikutan dengan kes pembuangan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim baru-baru ini, JPN Johor telah memohon semua sekolah untuk melaksanakan *Solat Hajat Khas* bagi mendoakan perlindungan dan keselamatan murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan seluruh penduduk Pasir Gudang yang terlibat atau terkesan dengan kejadian ini. Maka dengan itu, pada 17 Mac 2019, murid-murid Tahap 2 telah melaksanakanya dengan pimpinan Ustaz Afiq sebagai imam. SKSM mendoakan agar seluruh penduduk Pasir Gudang diberi perlindungan Allah S.W.T, proses pembersihan dapat dijayakan dengan lancar dan semoga mangsa diberi kesembuhan segera. Aamiin.


PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
SKSM telah mengadakan Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah pada 17 Mac 2019. Program ini telah dilancarkan oleh Guru Besar SKSM, En. Shahrom Bin Saioon. Untuk pengetahuan, NILAM merupakan akronim daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan Membaca dan ianya dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program Nilam merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah di seluruh negara. 
Dalam pada itu, pada 12 Mac yang lalu bertempat di PKG Kluang Timur, murid SKSM, Raja Suffi Al-Ariff Bin Raja Aziz telah mendapat tempat Ketiga pada Majlis Anugerah Nilam Peringkat Daerah Kluang 2019 bagi kategori Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Tahniah dan syabas diucapkan!. 






PELAKSANAAN UJIAN SEGAK BAGI BULAN MAC (PRE-TEST)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 13 Mac bertempat di tapak perhimpunan, murid-murid Tahap 2 SK Seri Machap telah menjalani Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) bagi bulan Mac (Pre-Test). Terima kasih kepada murid-murid yang teribat dalam menjayakan ujian ini serta syabas kepada panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan kerana berjaya memastikan ujian ini berjalan dengan lancar. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...