SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

TAHNIAH RODZIAH CONSTRUCTION & TRADING

Assalammualaikum w.b.t,
Tahniah buat RODZIAH CONSTRUCTION & TRADING (pengusaha kantin SKSM) kerana telah memenuhi syarat-syarat bagi pengiktiran BeSS, seterusnya memperoleh Sijil Pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) dari Kementerian Kesihatan Malaysia. 
Pn. Rodziah menerima sijil yang disampaikan oleh En. Shahrom
Sijil Pengiktiran beserta 'sticker

En. Shahrom menampal 'sticker' pengiktirafan BeSS
Dari kiri : Pn Norini (guru), Pn. Rodziah, Pn. Norizah, En. Shahrom dan En. Ezzad (guru)



PROGRAM 3 DALAM 1 (HARI SUKAN NEGARA, HARI KANAK-KANAK & HARI USAHAWAN)

Assalammualaikum w.b.t,
Pada 14 Oktober yang lalu, SKSM telah menjayakan program Hari Sukan Negara seperti  yang dimohon oleh KPM agar semua sekolah untuk menjayakannya. Turut dijayakan adalah Hari Kanak-Kanak serta Hari Usahawan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Larian Sihat, Senamrobik, Permainan (Giant Bubble, Pancing Bola Ping Pong, Games), Cabutan Bertuah dan Jumble Sales. Selain itu, sempena Hari Kanak-Kanak, aiskrim percuma juga turut diberikan. Tahniah buat barisan kakitangan SKSM, PIBG, PIBK para sukarelawan kerana telah bekerjasama bagi menjayakan program ini.
Barisan sukarelawan bergambar kenangan
Penyampaian hadiah serta cabutan bertuah
Larian sihat
Permainan dan jualan






TAHNIAH PASUKAN HOKI KLUANG BAWAH 11 TAHUN

Assalammualaikum w.b.t,
Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada pasukan Hoki Kluang Bawah 11 Tahun kerana berjaya mendapat tempat Ketiga pada Kejohanan Hoki Bawah 11 Tahun Piala TNB terbuka UTHM 2017 yang berlangsung pada 13 & 14 Oktober yang lalu. Syabas juga diucapkan buat 2 wakil SKSM iaitu adik Muhamad Aliff Syafiq Bin Shamsul Bakar dan Muhammad Alimi Zakry Bin Zainuddin, yang menjadi ahli pasukan hoki Kluang tersebut kerana telah beraksi dengan cemerlang, seterusnya mengharumkan nama sekolah serta daerah Kluang.
2 orang wakil SKSM adik Alimi (kanan berbaju kuning merah) dan adik Syafiq (tengah) bersama guru pengiring dari SKSM, En Rahmat (belakang)


Credit photo: Cikgu Rahmat








PELANCARAN SISTEM MERIT DIMERIT

Assalammualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, satu sistem merit dimerit telah dilancarkan untuk mengekang masalah disiplin dikalangan murid-murid SKSM. Sistem merit tersebut adalah melalui rumah sukan masing-masing. Setiap rumah sukan telah diberi markah penuh sebanyak 200. Jika terdapat murid-murid yang melanggar disiplin, maka secara automatiknya markah dimerit akan ditolak dari markah 200 tersebut mengikut rumah sukan yang diwakili oleh murid terbabit. 



AGIHAN BUBUR ASYURA

Assalammualaikum w.b.t,

Tahniah kepada unit dakwah dengan kerjasama PIBK, kerana telah berjaya mengagih bubur Asyura kepada warga sksm serta murid-murid SKSM.

Sesi memasak bubur Asyura telah diketuai oleh Cikgu Zailani dengan dibantu oleh rakan-rakan guru serta pekerja SKSM.















TERBAIK SEPTEMBER

Tahniah kepada kelas yang diiktiraf sebagai terbaik untuk bulan September. Berikut adalah senarai bagi kategori terbaik bulan September:

Kelas Terbaik
Tahap 1: 2 Arif
Tahap 2: 4 Arif
Kedatangan Terbaik
Tahap 1: -
Tahap 2: 6 Arif, 5 Bijak, 4 Arif


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...