SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

PROGRAM IHYA' RAMADHAN


Ramadhan datang lagi... Alhamdulillah. Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba dalam masa beberapa hari lagi, Badan Dakwah SKSM telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan pada  25 Mei 2017. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, bacaan Yassin dan tahlil, pelancaran Ihya' Ramadhan, ucapan GB, taklimat aktiviti sepanjang ramadhan dan tazkirah. 

Untuk aktiviti sepanjang bulan ramadhan adalah, SKSM akan mengadakan tahlil perdana, tadarus (waktu 1M1S), mewarna Tahap 1, Teka Silang Kata Tahap 2, dan Khatam Al-Quram. Untuk pengetahuan, Badan Dakwah juga telah membuat pembahagian juzuk Tadarus mengikut kelab/bahagian. Antara yang terlibat adalah bola sepak, bola tampar, hoki, bola jaring, badminton serta kakitangan SKSM. Kakitangan SKSM juga turut menerima sumbangan sekotak kurma daripada Badan Dakwah SKSM

En Shahrom menyampaikan ucapan sempena Program Ihya' Ramadhan
Bacaan tahlil diketuai oleh Ustaz Mahathir
Penghargaan untuk mereka yang menjadi orang kuat program

Orang kuat program, Ustazah Zarinah menyampaikan sesi taklimat berkaitan program sepanjang bulan Ramadhan

Sebahagian bunga-bunga di SKSM

Penghargaan kepada murid yang pemurah

Tazkirah daripada Ustaz Afiq (baru sahaja bertukar di SKSM)



Video pelancaran program Ihya' Ramadhan.


Selamat maju jaya buat seluruh warga SKSM untuk aktiviti Tadarus dan Khatam.  Sekalung tahniah dituju kepada Badan Dakwah SKSM kerana berjaya menganjurkan Program Ihya' Ramadhan ini. 



PROGRAM GOTONG-ROYONG "SEKOLAHKU SKSM RUMAHKU"

Assalammualaikum w.b.t,

SKSM telah mengadakan program gotong-royong 2017 pada minggu ke-3 pada bulan ini iaitu pada 20 Mei 2016. PIBG, PIBK bersama-sama guru membersihkan kawasan sekolah, mengecat pagar besi serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan SKSM.


Program ini adalah sempena sambutan Hari Guru 2017 yang diadakan baru-baru ini,  dan dapat bergerak serta dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang memberi sumbangan tenaga dan keringat untuk program tersebut.




MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 16 MEI 2017


Assalammualaikum w.b.t

Persatuan BAKES SKSM telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2017 yang bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG sekolah iaitu En. Zainal dan semua guru dan kakitangan SKSM sedondon memakai pakaian baju batik biru untuk meraikannya.

Cantik dikena dokoh suasa,
Tidak perasan kancing berkarat,
Guru pembina negara bangsa,
Mendidik insan dunia akhirat.










Sesi pemberian cenderamata daripada murid kepada guru masing-masing








Perlawanan bola sepak antara guru-guru berserta pasukan bola sepak sekolah,

Persembahan daripada guru-guru beserta kakitangan sekolah



Aktiviti yang melibatkan guru-guru dan murid-murid



Sesi penyampaian hadiah untuk acara berkumpulan

Sesi pertukaran hadiah di antara guru-guru dan kakitangan sekolah

Sesi fotografi

Video khas buat tatapan warga SKSM untuk dikenang pada masa hadapan.  Credit to: Cikgu Faizal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...