SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

KEM LENCANA PENGAKAP KLUANG PERINGKAT DAERAH KLUANG

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Pada 26 Julai 2018, SKSM telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai Kem Lencana Pengakap Kluang Peringkat Daerah Kluang yang diadakan di Sk Syed Zain AlShahab, Kluang yang berlangsung sehingga 28 Julai 2018. Objektif kem ini adalah untuk memastikan murid mencapai sijil lencana gangsa,perak dan emas. Tahniah diucapkan kepada guru pengiring kerana bertungkus-lumus memastikan SKSM dapat menyertai kem tersebut serta tidak lupa jua kepada murid-murid yang berjaya mencapai sijil lencana tersebut



PROGRAM GEMPAK RAYA 2018

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Pada 12 Julai 2018, bertempat di Dataran Ibnu Khaldun, semua warga SK Seri Machap telah meraikan sambutan hari raya peringkat sekolah. Program anjuran Kelab SPBT dan Unit Dakwah itu telah dinamakan sebagai  Program Gempak Raya 2018. Pelbagai aktiviti menarik melibatkan warga SKSM serta murid-murid telah dijalankan antaranya ialah Marhaban serta Selawat beramai-ramain, Pertandingan Mencipta Kad Raya, Bintang Raya Meletop Prasekolah, Bintang Raya Meletop Pendidikan Khas, Bintang Raya Meletop Kecil, Cabaran Jom Anyam Ketupat dan Kira Okey Raya (Tahap 2) dan diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk setiap pertandingan yang dijalankan. 
Syabas dan tahniah buat Kelab SPBT dan Unit Dakwah diatas usaha bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar serta tidak lupa juga jutaan terima kasih buat mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.



HARI TERBUKA ANAKKU SAYANG

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Pada 8 Julai 2018, SKSM telah mengadakan program Hari Terbuka Anakku Sayang. Para ibu bapa dijemput hadir untuk berjumpa dengan para guru kelas untuk mengetahui prestasi sebenar murid-murid dalam pembelajaran. Program ini juga dapat mewujudkan hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan pihak sekolah

PENYAMPAIAN ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK (PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN)

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Pada 8 Julai 2018, satu sesi penyampaian hadiah bagi Anugerah Terbaik Akademik telah dijalankan. Anugerah ini disampaikan bagi murid-murid yang mendapat pencapaian terbaik sesama peperiksaan setengah tahun yang telah berlangsung pada bulan Jun yang lalu. Tahniah dan syabas buat kesemua penerima anugerah. Diharap pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan untuk peperiksaan Akhir Tahun nanti.

JOHAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN MSSD KLUANG!

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SKSM bawah 12 tahun kerana berjaya mengungguli pertandingan bola sepak bawah 12 tahun MSSD Kluang. Selain itu, SKSM turut berbangga dengan kemenangan pemain terbaik bagi pertandingan tersebut yang dirembat oleh pemain SKSM iaitu  adik Mohd Aziq Ashraf Bin Ahmad Isa. Syabas kepada jurulatih utama iaitu Cikgu Azman serta barisan guru-guru yang telah melatih, memberikan komitmen dan sokongan bagi memastikan pasukan bola sepak dapat memberikan satu pencapaian yang bermakna buat sekolah. Semoga pasukan bola sepak sekolah akan terus melakar kejayaan hingga ke masa hadapan.  Amiin.



TAHNIAH SKSM NAIB JOHAN ACTION SONG KARNIVAL KO-AKADEMIK BAHASA INGGERIS

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Baru-baru ini SK Seri Machap telah menghantar wakil  dikalangan murid-murid bagi menyertai pertandingan Action Song sempena Karnival Ko-Akademik Bahasa Inggeris Peringkat Zon Simpang Renggam. Dalam pada itu, SKSM telah mendapat Naib Johan bagi pertandingan  tersebut. Tahniah dan syabas buat guru-guru serta mereka yang bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan buat SKSM dapat diraih. Tahniah semua!

TERBAIK JUN

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang dinobatkan sebagai Kelas Terbaik & Kedatangan Terbaik bagi bulan Jun. Antara kelas yang telah dinobatkan ialah kelas 2 Bijak (Tahap 1) dan 4 Arif (Tahap 2) bagi Kelas Terbaik Bulan Jun, dan bagi Kehadiran Terbaik Bulan Jun (Mencapai 99%) pula, dimenangi oleh 2 Arif








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...