SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

PROGRAM GEMPAK RAYA 2018

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Pada 12 Julai 2018, bertempat di Dataran Ibnu Khaldun, semua warga SK Seri Machap telah meraikan sambutan hari raya peringkat sekolah. Program anjuran Kelab SPBT dan Unit Dakwah itu telah dinamakan sebagai  Program Gempak Raya 2018. Pelbagai aktiviti menarik melibatkan warga SKSM serta murid-murid telah dijalankan antaranya ialah Marhaban serta Selawat beramai-ramain, Pertandingan Mencipta Kad Raya, Bintang Raya Meletop Prasekolah, Bintang Raya Meletop Pendidikan Khas, Bintang Raya Meletop Kecil, Cabaran Jom Anyam Ketupat dan Kira Okey Raya (Tahap 2) dan diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk setiap pertandingan yang dijalankan. 
Syabas dan tahniah buat Kelab SPBT dan Unit Dakwah diatas usaha bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar serta tidak lupa juga jutaan terima kasih buat mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...