SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

PENUTUPAN SEKOLAH

Penutupan semua sekolah termasuk kolej vokasional seluruh negara bermula 9 November hingga 17 Disember 2020 . Sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah dilaksanakan secara home based learning - Menteri Kanan Pendidikan.





SALAM MAULIDUR RASUL 1442H/2020M


 Kami warga SKSM mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. 
"Ummah Rabbani, Negara Harmoni"

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2020 PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh: 17 September 2020
Tempat : Dataran Ibnu Khaldun (Tapak Perhimpunan)
Tema : "Malaysia Prihatin"
Klik 👉 VIDEO MAJLIS PENUTUPAN
*Diadakan 2 sesi untuk memastikan penjarakan sosial dikalangan murid-murid



AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN (9-10 September 2020)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Aktiviti Bulan Kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan Silang Kata, Nyanyian Patriotik dan Poem bagi Tahap 2 pada 9 September, dan diikuti Pertandingan Silang Kata, Nyanyian Patriotik dan Sajak bagi Tahap 1 pada hari berikutnya. Nama pemenang akan diumumkan pada program penutupan bulan kemerdekaan yang akan diadakan pada 17 September 2020.




MAJLIS BUBUR ASYURA TAHUN 2020

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tahniah kepada unit dakwah dan seluruh warga SKSM kerana telah berjaya menyediakan bubur Asyura untuk diagihkan kepada warga sksm, murid-murid dan mereka yang berkenaan . Jutaan terima kasih juga diucapkan buat para penyumbang, para pembantu dalam menjayakan program ini.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA




 

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2020 - PERTANDINGAN MEWARNA

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Aktiviti Bulan Kemerdekaan pada tahun ini, diisi dengan pertandingan mewarna yang telah dijalankan pada 27 Ogos yang lalu.


 


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KE-2

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Sempena cuti sekolah yang bermula pada 20 Ogos 2020 hingga 24 Ogos 2020, SKSM mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid dan guru. Sehubungan itu, tarikh bersekolah semula adalah pada 25 Ogos 2020 (Selasa).






SALAM MAAL HIJRAH 1442

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, 
Sempena Awal Muharram yang jatuh pada 20 Ogos 2020, kami seluruh warga SKSM mengucapkan Salam Maal Hijrah (1 Muharram 1442H) kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Ummah Rabbani Negara Harmoni' menjadi tema majlis sambutan Maal Hijrah pada tahun ini


PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pelancaran Bulan Merdeka Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Ogos 2020. Program dijalankan dengan mengikuti SOP yang ditetapkan memandangkan tempoh PKPP masih berjalan. Murid-murid tetap bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagu patriotik yang berkumandang di SK Seri Machap. Tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.




PEMBUKAAN SEKOLAH DALAM TEMPOH PKPP TAHUN 2020

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah sesi pembukaan sekolah bagi Tahun 1 - 6 telah bermula. Bagi murid Tahun 5 - 6, kelas telah bermula pada 15 Julai manakala kelas bagi murid Tahun 1 - 4 telah bermula pada 22 Julai. Guru-guru dan murid-murid telah mempraktikkan SOP yang telah ditetapkan sebagai langkah mengekang penularan Covid-19 ini. Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh para guru, pentadbir, PPD, KPM dan KKM dapat membantu proses PDP berjalan dengan lancar dalam tempoh PKPP ini.



HARI PERTAMA PEMBUKAAN PRASEKOLAH DALAM TEMPOH PKPP 2020

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah sesi pembukaan Prasekolah telah berjalan dengan baik. Guru-guru dan murid-murid telah mempraktikkan SOP yang telah ditetapkan. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat


TAKLIMAT PEMBUKAAN PRASEKOLAH DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) 2020

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Taklimat tersebut telah diadakan pada 28 Jun 2020 bertempat di kantin SK Seri Machap. Para ibu bapa / penjaga telah diberi penerangkan berkenaan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KPM yang perlu dipatuhi oleh murid-murid Prasekolah. 








LANJUTAN TEMPOH PKP COVID-19

DIMAKLUMKAN BAHAWA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 14 APRIL 2020.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SESI PEMBELAJARAN AKAN DIMAKLUMKAN SECARA ATAS TALIAN (GROUP WHATSAPP DLL) SEPANJANG TEMPOH PKP DIJALANKAN.


SEKIAN UNTUK MAKLUMAN

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Sehubungan itu sekolah SK SERI MACHAP dilanjutkan cuti sehingga 31 Mac 2020.

Sekolah Akan Bermula pada 1 April bergantung pada keputusan kerajaan.

OLEH ITU IBUBAPA DIINGATKAN.

1. Kawal pergerakan anak Dan keluarga tuan ketempat Yang sesak seperti pasaraya, panggung wayang Dan tempat tumpuan ramai.

2. Dapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan seberapa segera, jika ada tanda- tanda jangkitan sebaiknya telefon klinik kesihatan dan Minta PEGAWAI datang kerumah, untuk mengurangkan penyebaran.

3. Pakai penutup mulut jika Ada tanda-tanda atau sintom covid-19.

4. Sebaiknya berada dirumah sepanjang masa.

5. Jika pulang Dari luar negara, sila buat kurantin sendiri dirumah selama 14 Hari.

6. Sentiasa mendapat maklumat sahih dan terkini dari kementerian kesihatan

Sekian, terima kasih

SHARUDIN BIN MD TAIB
GURU BESAR
SK SERI MACHAP

*Segala maklumat semasa akan dipanjangkan melalui whatsapp group kepada para ibu bapa

SELAMAT DATANG PN SABRENA BINTI ABD KHALID

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 12 Mac yang lalu, SKSM telah menerima GPK Pentadbiran yang baharu iaitu Cikgu Sabrena binti Abd Khalid yang menggantikan GPK Pentadbiran sebelum ini iaitu Cikgu Hjh Normila binti Mohamed yang telah berpindah pada Februari yang lalu. Seluruh warga SKSM mengucapkan "Selamat Datang" kepada Cikgu Sabrena, semoga dengan kedatangan beliau ke SKSM bakal meneruskan dan memantapkan lagi kecemerlangan yang dibina di SKSM.


KEJOHANAN MERENTAS DESA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 22 Januari, SKSM telah berjaya mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Rumah Perkasa (Metah) diatas kejayaan dalam mengungguli kejohanan tersebut untuk sesi Tahun 2020 serta syabas kepada semua pihak yang komited dalam menjayakannya.
Pautan Koleksi Gambar Kejohanan:
KEJOHANAN MERENTAS DESA

LATIHAN MERENTAS DESA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Untuk makluman, SKSM telah mengadakan Latihan Merentas Desa selama 3 hari bermula 19 hingga 21 Januari. Syabas diucapkan buat semua yang terlibat.
Pautan Koleksi Gambar Latihan:

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, pemantauan hari pertama persekolahan bagi tahun 2020. Terima kasih tuan sudi berkunjung ke SK Seri Machap, En. Mohd Fadhli B. Othman (Pen. Pengarah Bhgn. Pendidikan Khas-Unit Latihan KPM), Tn. Hj. Rashid B. Daim (SIP+PPD Kluang), Sarjan Mamat Yuti dan Koperal Edham (Balai Polis Simpang Renggam) dan tidak lupa juga buat Tn. Hj. Zainal Abidin B. Saad (YDP PIBG). SKSM mengucapkan "Selamat Datang" kepada murid Prasekolah dan Tahun 1 1 dan selamat kembali ke sekolah untuk semua warga SKSM Semoga tahun 2020 menjadi tahun kecemerlangan SKSM dibawah teraju GB Baharu iaitu Cikgu Sharudin B. Md Taib.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...