SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE - 40

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Kejohanan Olahraga Kali ke-40 (sebelum ini dikenali sebagai Kejohanan Padang dan Balapan) telah diadakan pada 31 Januari 2019 di padang SK Seri Machap. Tahniah kepada kesemua yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam menjayakannya. Tidak lupa jua jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi menghadirkan diri memeriahkan program ini serta turut melibatkan diri dalam acara pegawai. Piala kejohanan kali ini menjadi milik rumah Merah yang mendapat Johan, diikuti rumah Biru mendapat Naib Johan, Kuning mendapat tempat Ketiga dan seterusnya rumah Hijau mendapat tempat Keempat. 




PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN 2019

Assalammulaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Majlis Watikah Pelantikan telah diadakan pada 13 Januari 2019 bagi pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PPS), Ketua Darjah, Pen. Ketua Darjah. Watikah pelantikan tersebut disampaikan oleh GPK HEM, En Othman bin Md Lazim. 

KURSUS KEPIMPINAN TAHUN 2019

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Satu kursus kepimpinan telah diadakan pada 12 Januari 2019 melibatkan kesemua murid yang berjawatan di sekolah. Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat.

PROGRAM MESRA SIHAT BERSAMA MILO

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Program Mesra Sihat bersama Milo telah diadakan lagi pada tahun ini di tapak perhimpunan SKSM bermula 7.30 pagi. Dalam pada itu, pada hari tersebut juga telah diadakan latihan merentas desa buat murid-murid SKSM. Program tersebut dimulakan dengan aktviti senamrobik, disusuli dengan latihan merentas desa dan diakhiri dengan pemberian air Milo percuma kepada murid-murid SKSM serta warga SKSM. SKSM mengucapkan terima kasih kepada pihak Nestle kerana sudi mengadakan program ini di SKSM
.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2019

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat Datang kepada murid Prasekolah dan Tahun 1 dan selamat kembali ke sekolah untuk semua warga SKSM. Sesi persekolahan telab bermula pada hari ini (1 Januari 2019 - Selasa). Semoga tahun 2019 akan memberikan lebih banyak kejayaan buat SKSM. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...