SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

UJIAN PSIKOMETRIK UNTUK TAHUN 3

Assalammualaikum w.b.t,

Satu ujian psikometrik untuk murid-murid Tahun 3 telah diadakan pada 27 September 2017. Selamat maju jaya!.

Fokus ye dik
Tajamnya renungan Cikgu Azman.

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM

Assalammualaikum w.b.t,

Kepada semua umat Islam, SK Seri Machap mengucapkan "Selamat Menyambut Awal Muharram". 

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Assalammualaikum w.b.t,
Satu majlis penutupan bulan kemerdekaan telah diadakan  dengan dirasmikan oleh GPK Kokurikulum SK Seri Machap, Pn Sarifah Binti Ali. Ia melibatkan upacara penyerahan banting(simbolik sambutan bulan kemerdekaan SKSM) yang diserahkan oleh wakil pelajar iaitu adik Alif Azhari beserta persembahan Kumpulan Bicara Berirama SKSM (Klik disini untuk menonton video Bicara Berirama tersebut). Turut disampaikan adalah penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna yang telah diadakan berdasarkan posting pada 20 Ogos 2017 


Simbolik bulan kemerdekaan diserahkan kepada GPK Kokurikulum, Pn Sarifah Binti Ali oleh wakil murid-murid, adik Alif Azhari









TERIMA KASIH PENGAWAS UPSR 2017

Assalammualaikum w.b.t,

Alhamdulillah peperiksaan UPSR telah melabuhkan tirainya pada Khamis (14 September 2017). Jutaan terima kasih buat semua Pengawas UPSR yang begitu komited dalam melaksanakan tugas mereka bagi memastikan murid-murid dapat menjalani peperiksaan UPSR tanpa sebarang kesulitan. Semoga ketemu lagi di lain masa, Insya'allah. 




SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UPSR!!

Assalammualaikum w.b.t,

Hari ini bermulanya saat-saat getir buat warga SKSM terutamanya murid-murid Tahun 6 kerana akan menghadapi peperiksaaan UPSR selama 4 hari bermula 11hb-14 September 2017. Seramai 53 orang murid yang akan menjalani UPSR pada tahun ini. Disepanjang UPSR berlangsung, warga SKSM tidak melepaskan peluang untuk menjalankan budaya bacaan doa/yassin agar murid-murid Tahun 6 diberi kemudahan dan ketenangan ketika menjawab soalan. Amiin, Insha'allah.




KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2017

Assalammualaikum w.b.t,

Warga SK Seri Machap tidak melepaskan peluang untuk melihat Kembara Mahkota Johor 2017 yang dijadualkan akan melalui jalan Johor Bahru-Air Hitam pada pagi ini. Berikut adalah detik-detik ketika Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama-sama kerabat diraja baginda serta pasukan keselamatan yang terlibat melalui jalan besar di hadapan SK Seri Machap.


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaiki kereta vintaj tiga roda Morgan (berwarna hijau) ini.


# Dapat juga snap gambar Sultan Johor dengan kereta mewah. 




MAJLIS RESTU ILMU

Asssalammualaikum w.b.t,
Satu Majlis Restu Ilmu telah diadakan khas buat murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11 hb - 14 September ini. Diharap murid-murid Tahun 6 dapat menjawab soalan UPSR dengan mudah serta tenang. Doa guru-guru SKSM sentiasa mengiringimu. Selamat Berjuang!.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...