SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

MESYUARAT PENGURUSAN DAN KURIKULUM

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 26 Disember 2017, satu Mesyuarat Pengurusan dan Kurikulum telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat SK Seri Machap yang melibatkan guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Disamping itu, turut diagihkan Buku Pengurusan SKSM Tahun 2018 kepada semua ahli mesyuarat. Turut disampaikan adalah sumbangan buat En Mohd Rahmat Bin Abd. Rahman (guru SKSM) berikutan pemergian ayahanda beliau yang tercinta. Salam takziah diucapkan.




Bacaan Ikrar Warga Pendidikan oleh Ustaz Afiq

Penyampaian sumbangan buat En Mohd Rahmat Bin Abd. Rahman








PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA IBU BAPA SERTA PROGRAM ORIENTASI & TRANSISI TAHUN 1(2018)

Assalammualaikum w.b.t,
Pada 26 November, SKSM telah mengadakan Program Jalinan Kasih Bersama Ibu Bapa serta Program Orientasi & Transisi Tahun 1 (2018). Program ini dijalankan adalah untuk memberi taklimat kepada para ibu bapa agar memahami setiap proses dan prosedur SK Seri Machap merangkumi pentadbiran, hal ehwal murid, kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapatkan sokongan para ibu bapa agar bersama-sama membantu pihak sekolah demi membentuk murid-murid yang cemerlang.



MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 & KEPUTUSAN UPSR 2017

Assalammualaikum w.b.t,
Pada 23 November baru-baru ini, keputusan rasmi UPSR telah diperoleh. Oleh itu, SKSM telah mengadakan Majlis Graduasi Tahun 6 bagi meraikan murid-murid Tahun 6 yang telah tamat belajar di sekolah rendah. Seterusnya majlis ini juga adalah bersempena dengan keputusan peperiksaan UPSR 2017 yang telah keluar pada tarikh tersebut. Buat julung kalinya, sekolah-sekolah diberi arahan oleh Kementerian Pendidikan untuk tidak membuat pengumuman rasmi keputusan UPSR, serta pencapaian cemerlang UPSR. Oleh itu, semasa majlis ini berlangsung, pihak sekolah hanya menyerahkan slip keputusan UPSR kepada murid-murid. Tahniah kepada murid-murid Tahun 6 kerana berjaya menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah. Doa kami agar kalian sentiasa terus cemerlang dunia akhirat. Amin.

Sesi bergambar kenangan (Kelas 6 Arif)
Sesi bergambar kenangan (Kelas 6 Bijak)


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2017

Assalammualaikum w.b.t,
Pada 19 November 2017 telah berlangsungnya Majlis Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan SK Seri Machap. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam, En. Mohd Firdaus Bin Mohd Nor. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat tetamu yang hadir dan tahniah diucapkan kepada kesemua penerima anugerah.  

YDP PIBG, En Zainal (berbaju batik) bergambar bersama En Mohd Firdaus (berkemeja)



Senarai penerima Anugerah Khas dari SK Seri Machap




TAHNIAH WAKIL SK SERI MACHAP

Assalammualaikum w.b.t,
Pada 15 November 2017, SKSM telah menyertai sebuah pertandingan Deklamasi Sajak bersempena dengan Karnival "Love Green" Peringkat Daerah Kluang 2017 yang diadakan di SK Jubli Intan, Renggam. Tahniah diucapkan kepada adik Nor Zakiah Hanan Binti Nor Haizam kerana telah berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori Deklamasi Sajak Tahap 1 dan adik Nurul Shahadah Binti Norsalim yang mendapat tempat Kelima bagi kategori Deklamasi Sajak Tahap 2. Terima kasih dan syabas buat Cikgu Liza serta Cikgu Sarifah kerana telah melatih mereka dengan penuh kegigihan.  

Adik Nor Zakiah Hanan Binti Nor Haizam menerima piala, sijil dan hadiah yang disampaikan oleh GB SKSM, En. Shahrom Bin Saioon

Adik Nurul Shahadah Binti Norsalim menerima piala, sijil dan hadiah yang disampaikan oleh GB SKSM, En. Shahrom Bin Saioon





KEJOHANAN HOKI BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT ANTARABANGSA SINGAPURA

Assalammualaikum w.b.t,
Pada 10-11 November 2017, bertempat di Hockey Village Boon Lay Singapura, satu Kejohanan Hoki bawah 12 tahun peringkat Antarabangsa Singapura telah diadakan. Pasukan Hoki Kluang turut menyertainya dan mendapat Johan dalam kejohanan tersebut. SKSM turut menghantar wakil dalam pasukan Hoki Kluang, iaitu adik Muhammad Eilmizal Hakimie Bin Zulhatta bersama jurulatih dari SKSM En Mohd Rahmat Bin Abd. Rahman. Tahniah dan syabas diucapkan!.

ANUGERAH KOKURIKULUM 2017

Assalammualaikum w.b.t,

Pada 9 November 2017, satu majlis penyampaian Anugerah Kokurikulum (KOKO) telah diadakan selepas berlangsungnya Anugerah HEM. Anugerah KOKO diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang banyak menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum. Turut disampaikan adalah 3 Anugerah Khas iaitu, Bintang Sukan SKSM (Mifthaul Aqasha bin Mokthar), Tunas Harapan (Muhammad Eilmizal Hakimie bin Zulhatta) dan Apresiasi Kreatif (Auni Amalina bt Mohd. Aminudin). Tahniah & syabas kepada semua penerima anugerah Kokurikulum.


ANUGERAH HEM 2017

Assalammualaikum w.b.t,

Pada 9 November 2017, satu majlis Anugerah HEM telah diadakan selepas berlangsungnya Hari Graduasi Prasekolah. Majlis tersebut adalah untuk menyampaikan sijil dan cenderahati kepada semua pelajar yang terlibat dalam membantu pihak sekolah seperti Pengawas Sekolah, PSS Sekolah PRS Sekolah dan Ketua dan Penolong Ketua kelas sesi 2017. Turut disampaikan adalah Pencapaian Terbaik (Individu) untuk setiap jawatan, Kehadiran Terbaik Sepanjang Tahun (Individu), Kelas Kehadiran Terbaik Sepanjang Tahun dan Kelas Terbaik Sepanjang Tahun. Tahniah diucapkan kepada kesemua penerima anugerah.




HARI GRADUASI PRASEKOLAH 2017

Assalammualaikum w.b.t,

Pada 9 November 2017, SKSM telah mengadakan Hari Graduasi Prasekolah bagi 25 orang murid Prasekolah SKSM. Program ini bermula dari jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh YDP PIBG, En Zainal Bin Saad, Guru Besar SKSM, En. Shahrom Bin Saioon, serta ibu bapa / penjaga murid-murid Prasekolah. Murid Prasekolah menerima sijil graduasi beserta cenderahati mengikut kategori anugerah masing-masing. 

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa kerja yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan SKSM. Begitu juga kepada semua ibu bapa yang telah hadir.







Guru serta Pembantu Pengurusan Murid menerima penghargaan daripada pihak sekolah beserta daripada murid Prasekolah (gambar kecil)

TAHNIAH RODZIAH CONSTRUCTION & TRADING

Assalammualaikum w.b.t,
Tahniah buat RODZIAH CONSTRUCTION & TRADING (pengusaha kantin SKSM) kerana telah memenuhi syarat-syarat bagi pengiktiran BeSS, seterusnya memperoleh Sijil Pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) dari Kementerian Kesihatan Malaysia. 
Pn. Rodziah menerima sijil yang disampaikan oleh En. Shahrom
Sijil Pengiktiran beserta 'sticker

En. Shahrom menampal 'sticker' pengiktirafan BeSS
Dari kiri : Pn Norini (guru), Pn. Rodziah, Pn. Norizah, En. Shahrom dan En. Ezzad (guru)



PROGRAM 3 DALAM 1 (HARI SUKAN NEGARA, HARI KANAK-KANAK & HARI USAHAWAN)

Assalammualaikum w.b.t,
Pada 14 Oktober yang lalu, SKSM telah menjayakan program Hari Sukan Negara seperti  yang dimohon oleh KPM agar semua sekolah untuk menjayakannya. Turut dijayakan adalah Hari Kanak-Kanak serta Hari Usahawan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Larian Sihat, Senamrobik, Permainan (Giant Bubble, Pancing Bola Ping Pong, Games), Cabutan Bertuah dan Jumble Sales. Selain itu, sempena Hari Kanak-Kanak, aiskrim percuma juga turut diberikan. Tahniah buat barisan kakitangan SKSM, PIBG, PIBK para sukarelawan kerana telah bekerjasama bagi menjayakan program ini.
Barisan sukarelawan bergambar kenangan
Penyampaian hadiah serta cabutan bertuah
Larian sihat
Permainan dan jualan






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...