SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Assalammualaikum w.b.t,

Dimaklumkan bahawa sepanjang minggu ini (bermula pada 24 Julai 2017 - 27 Julai 2017), SKSM telah dan sedang menjalankan peperiksaan percubaan UPSR bagi murid-murid Tahun 6. 

Kami mengharapkan agar murid-murid Tahun 6 dapat menjawab soalan dengan jayanya dan dapat mencapai sasaran yang diingini. Mohon doakan kejayaan cemerlang buat mereka serta SKSM. Amin Ya Robbal'Alamiin. 

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Assalammualaikum w.b.t,

Bersua kita kembali setelah beberapa minggu blog ini bersawang. Alhamdulillah, sepanjang 3 minggu dalam bulan Syawal pelbagai peringkat jamuan raya diadakan di sekolah. Antaranya ialah jamuan raya bagi peringkat Pra Sekolah, Pendidikan Khas, SK Seri Machap, BAKES dan juga bahagian Pentadbiran.

Terima kasih kepada semua penyumbang tenaga, idea dan segala juadah bagi menjayakan majlis jamuan raya tersebut. Berikut adalah antara koleksi gambar setiap sambutan yang diadakan untuk tatapan kalian. 
 BAKES

Pejabat pentadbiran SKSM

Pendidikan Khas

Pra Sekolah

SKSM

PEMANTAUAN PENGURUSAN BOSS CEMERLANG 2017

Assalammualaikum w.b.t,

Pada 19 Julai 2017, SK Seri Machap telah menjalani pemantauan bagi pertandingan Pengurusan BOSS Cemerlang 2017. SK Seri Machap telah mewakili Johor untuk kategori Sekolah Rendah ke peringkat Kebangsaan.

Pemantauan tersebut disertai oleh  Penolong Pengarah Bahagian Buku Teks KPM, En Mohammad Zahid Bin Mohammad Sabri, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Sektor SPBT Bhgn Buku Teks KPM, En Abdul Razak Bin Mohamd Yusof, Penyelia Kanan SPBT Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN, En Hairul Faizal Bin Othman, En Kanan Krishnan (PPD Kluang). Turut hadir ialah ADUN Machap En Abdul Taib Bin Abu Bakar yang telah memberi sumbangan kepada SKSM , serta En Zainal Abidin Bin Saad selaku YDP PIBG SKSM

Diharap SK Seri Machap mendapat keputusan yang membanggakan kita semua. Amin





TAKLIMAT & MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGURUSAN BILIK BOSS SPBT CEMERLANG PERINGKAT NEGERI JOHOR

Assalammualaikum w.b.t,

Satu taklimat & majlis penyampaian Anugerah Pengurusan Bilik BOSS SPBT Cemerlang bagi peringkat negeri Johor telah diadakan pada 11 Julai di SK Seri Machap (SKSM). Turut hadir pada majlis tersebut ialah  Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Murid JPN Johor, En. Mustaffa Bin Ibrahim yang mewakili Pengarah Pendidikan JPN Johor,  Penyelia Kanan SPBT JPN Johor , En Hairul Faizal Bin Othman beserta semua wakil dari setiap sekolah di dalam daerah negeri Johor.

Tahniah diucapkan buat SKSM kerana telah dipilih sebagai Johan dalam Pengurusan Bilik BOSS SPBT Cemerlang bagi kategori sekolah rendah, seterusnya akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan bagi kategori yang sama. Semoga berjaya diucapkan.


En Mustaffa (berbaju hitam) menyampaikan sijil kepada GB SKSM, En Shahrom






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...