SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE-39

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Kejohanan Padang dan Balapan Kali Ke-39 telah diadakan pada 30 Januari 2018 di SK Seri Machap. Tahniah kepada kesemua yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam menjayakannya. Tidak lupa jua jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi menghadirkan diri memeriahkan program ini serta turut melibatkan diri dalam acara pegawai. Piala kejohanan kali ini menjadi milik rumah Merah yang mendapat Johan, diikuti rumah Hijau mendapat Naib Johan, Biru mendapat tempat Ketiga dan seterusnya rumah Kuning mendapat tempat Keempat.  

Klik link dibawah untuk tonton video:-
Tarik Tali Merah VS Kuning (Round 1)
Tarik Tali Merah VS Kuning (Round 2)
Tarik Tali Hijau VS Biru (Round 1)
Tarik Tali Biru VS Hijau (Round 2)



SUKANTARA 2018 - PART II

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
Sukantara 2018 untuk hari ke-2, acara yang dijalankan adalah seperti maklumat berikut:
Tarikh : 23 Januari 2018 (Selasa)
Masa   : 7.30 pagi - 9.50 pagi
Acara  : 1. Lompat Jauh        : Lelaki 10 & 12 Tahun
              2. Lompat Jauh        : Perempuan 10 & 12 Tahun
              3. Lompat Tinggi     : Lelaki 10 & 12 Tahun
              4. Lompat Tinggi     : Perempuan 10 & 12 Tahun
              5. Lontar Peluru       : Lelaki & Perempuan 12 Tahun



Latihan larian 50m & latihan sukaneka juga turut dijalankan untuk murid-murid Prasekolah, Tahun 1 & 2.




SUKANTARA 2018 - PART I

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
Sukantara 2018 bagi SKSM telah bermula dan ianya akan berlangsung selama 2 hari. Untuk hari pertama, acara yang dijalankan adalah seperti maklumat berikut:
Tarikh: 22 Januari 2018 (Isnin)                 
Masa: 7.30 pagi - 9.20 pagi
Acara : 1. 100 Meter : Perempuan 10 & 12 Tahun
             2. 100 Meter : Lelaki 10 & 12 Tahun
             3. 200 Meter : Perempuan 10 & 12 Tahun
             4. 200 Meter : Lelaki 10 & 12 Tahun


LATIHAN RUMAH SUKAN - PT 4

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Untuk hari ketiga latihan rumah sukan, murid-murid telah menjalani latihan seperti berikut:
Rumah Kuning : Larian 200m & Lompat Tinggi
Rumah Merah: Lompat Jauh & Lontar Peluru
Rumah Biru: Larian 200m & Lontar Peluru & Lompat Tinggi
Rumah Hijau: Larian 200m & Lontar Peluru

LATIHAN RUMAH SUKAN - PT 3

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Untuk hari ketiga latihan rumah sukan, murid-murid telah menjalani latihan seperti ketetapan  berikut:
Rumah Kuning : Lompat Jauh
Rumah Merah: Larian 200m
Rumah Biru: Larian 200m & Lontar Peluru
Rumah Hijau: Lompat Tinggi



LATIHAN RUMAH SUKAN - PT 2

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada hari kedua latihan rumah sukan (16 Januari 2018), murid-murid telah menjalani latihan seperti ketetapan  berikut:
Rumah Kuning & Hijau: 100m
Rumah Merah: Lompat Jauh
Rumah Biru: Lompat Tinggi


LATIHAN RUMAH SUKAN - PT 1

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Bermula pada 15 Januari 2018, latihan rumah sukan akan dijalankan. Untuk hari pertama latihan, murid-murid telah menjalani latihan lompat jauh dan lompat tinggi. Latihan rumah sukan ini melibatkan murid-murid Tahun 3 hingga 6 dan akan berlangsung sehingga 18 Januari 2018.
Semoga dengan latihan yang dijalankan, SKSM dapat mengenalpasti mana-mana murid yang mempunyai potensi untuk diketengahkan dalam bidang sukan / Ko-kurikulum seterusnya dapat mewakili SKSM. Aamiin mudah-mudahan.




KEJOHANAN MERENTAS DESA SKSM 2018


Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Satu Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 11 Januari 2018. Ia melibatkan murid-murid tahap 1 & 2. Tahniah & syabas buat semua warga SKSM dalam menjayakan program ini yang telah berlangsung dengan jayanya.

Wajah-wajah 10 nama yang mendapatkan mata untuk rumah sukan mengikut kategori masing-masing



SELAMAT DATANG TAHUN 2018

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahun 2017 telah melabuhkan tirainya semalam, maka SKSM mengalu-alukan kedatangan 2018 dengan ucapan Selamat Datang kepada murid baru Tahun 2018 dan selamat kembali ke sekolah buat murid-murid SKSM. Pada tahun ini, murid-murid telah diwajibkan untuk memakai pakaian sekolah berwarna putih seperti yang diarahkan oleh KPM. Semoga tahun 2018 menjadi tahun kecemerlangan SKSM. 

Pegawai Perhubungan Sekolah  Sarjan Mamat Yuti b Jusuh (Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Simpang Renggam) serta YDP PIBG En Zainal Bin Saad turut hadir pada hari pertama persekolahan ini



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...