SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN MURID (ANAKKU JUARA)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Pada 25 Februari yang lalu bertempat di Dewan SK Seri Machap satu program Motivasi Kecemerlangan Murid (Anakku Juara) telah diadakan. Program tersebut melibatkan ibu bapa murid Tahun 6 serta murid Tahun 6. SKSM mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat. 



PROGRAM MESRA SIHAT BERSAMA MILO

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Satu Program Mesra Sihat bersama Milo telah diadakan di tapak perhimpunan SKSM bermula 7.30 pagi. Program tersebut dimulakan dengan aktviti senamrobik dan seterusnya adalah pemberian air Milo percuma kepada  murid-murid SKSM serta warga SKSM. Murid-murid juga bertuah kerana menerima buku catatan percuma yang disertakan 2 stick Milo. SKSM mengucapkan terima kasih kepada pihak Nestle kerana sudi mengadakan program ini di SKSM






MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN


Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan telah diadakan pada 11 Februari 2018 dan dirasmikan oleh Tuan Mokhtar bin. Burhan selaku Ketua Inspektor Penjara Simpang Renggam. Penerima watikah pelantikan ini adalah  murid-murid yang terdiri daripada Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Darjah serta AJK-AJK Tertinggi Persatuan/Badan Beruniform/ Kelab sekolah yang telah mengikuti Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda SKSM pada 7 Februari yang lalu

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SKSM 2018

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Satu kursus kepimpinan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Badan Pengawas SKSM serta kerjasama Unit Kokurikulum SKSM telah diadakan pada 7 Februari 2018, bertempat di Dewan SKSM yang melibatkan kesemua murid yang berjawatan di sekolah. Sesi kursus ini disampaikan oleh En Azman Bin Hassiam yang merupakan seorang kaunselor dari SK Kg Melayu Kluang. SKSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi menyampaikan motivasi di SKSM serta semoga setiap apa yang disampaikan oleh beliau menjadi pedoman buat pemimpin-pemimpin muda SKSM. Aamiin.




TERBAIK JANUARI

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Tahniah diucapkan kepada semua kelas yang dinobatkan sebagai Kelas Terbaik & Kedatangan terbaik bagi bulan Januari. Antara kelas yang telah dinobatkan adalah seperti berikut:
Kelas Terbaik (Januari)
- 1 Arif (Tahap 1)
- 4 Arif (Tahap 2)
Kehadiran Terbaik Mencapai 99% (Januari)
Tahap 1
- 3 Bijak
Tahap 2
- 4 Arif
- 5 Arif
- 6 Arif

PENGAGIHAN TABLET PERCUMA KEPADA GURU

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Sesi pengagihan tablet percuma kepada guru telah diadakan di SK Lelaki Bandar Kluang. Tablet tersebut merupakan alat bantuan mengajar bagi memudahkan para guru mengakses internet dan mencari bahan PDPC memandangkan ianya telah dilengkapi dengan aplikasi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia. Terima kasih kerajaan Malaysia.

 
Sesi akuan pengesahan penerimaan oleh wakil guru-guru SKSM di SK Lelaki Bandar 
Sesi pengagihan tablet kepada guru-guru SKSM di SKSM

DEMONSTRASI MEMBERUS GIGI BERSAMA JURURAWAT PERGIGIAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 1 Februari 2018, satu sesi demonstrasi memberus gigi telah diadakan untuk murid-murid Prasekolah dan Tahun 1. Demonstrasi ini dikendalikan oleh Jururawat Pergigian dari Klinik Kesihatan Simpang Renggam. SKSM mengucapkan jutaan terima kasih buat para Jururawat Pergigian dari Klinik Kesihatan Simpang Renggam diatas kerjasama yang diberikan dalam melayani, memeriksa dan memberi tunjuk ajar berkenaan tatacara memberus gigi yang betul kepada murid-murid berkenaan. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...