SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Sempena cuti sekolah yang bermula pada 22 Mac 2019, SKSM mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid dan guru SKSM. Diharap anda semua dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri selama sesi cuti persekolahan berlangsung. Juga diingatkan kepada semua murid-murid agar menyiapkan tugasan yang telah diberikan buat guru-guru. 

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
 Pada 17 Mac 2019, bertempat di Dewan Ibnu Sina SKSM, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 yang dirasmikan oleh En. Muhammad Shahrul Azmi Bin Md Kamil (Timb. Pegawai Daerah Kluang) yang mewakili Pegawai Daerah Kluang. Seramai 136 orang (ibu bapa dan guru) telah menghadiri mesyuarat tersebut. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menghadiri diri sebagai tanda sokongan kepada PIBG SKSM.


SOLAT HAJAT KHAS BUAT WARGA PASIR GUDANG

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Berikutan dengan kes pembuangan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim baru-baru ini, JPN Johor telah memohon semua sekolah untuk melaksanakan *Solat Hajat Khas* bagi mendoakan perlindungan dan keselamatan murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan seluruh penduduk Pasir Gudang yang terlibat atau terkesan dengan kejadian ini. Maka dengan itu, pada 17 Mac 2019, murid-murid Tahap 2 telah melaksanakanya dengan pimpinan Ustaz Afiq sebagai imam. SKSM mendoakan agar seluruh penduduk Pasir Gudang diberi perlindungan Allah S.W.T, proses pembersihan dapat dijayakan dengan lancar dan semoga mangsa diberi kesembuhan segera. Aamiin.


PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
SKSM telah mengadakan Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah pada 17 Mac 2019. Program ini telah dilancarkan oleh Guru Besar SKSM, En. Shahrom Bin Saioon. Untuk pengetahuan, NILAM merupakan akronim daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan Membaca dan ianya dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program Nilam merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah di seluruh negara. 
Dalam pada itu, pada 12 Mac yang lalu bertempat di PKG Kluang Timur, murid SKSM, Raja Suffi Al-Ariff Bin Raja Aziz telah mendapat tempat Ketiga pada Majlis Anugerah Nilam Peringkat Daerah Kluang 2019 bagi kategori Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Tahniah dan syabas diucapkan!. 






PELAKSANAAN UJIAN SEGAK BAGI BULAN MAC (PRE-TEST)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 13 Mac bertempat di tapak perhimpunan, murid-murid Tahap 2 SK Seri Machap telah menjalani Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) bagi bulan Mac (Pre-Test). Terima kasih kepada murid-murid yang teribat dalam menjayakan ujian ini serta syabas kepada panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan kerana berjaya memastikan ujian ini berjalan dengan lancar. 

KARNIVAL BAHASA MELAYU ZON SIMPANG RENGGAM

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 12 Mac 2019, bertempat di SK Seri Machap, telah diadakan Karnival Bahasa Melayu peringkat Zon Simpang Renggam. Karnival ini adalah di bawah anjuran PPD Kluang. Terdapat 3 pertandingan yang diadakan iaitu Pertandingan Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2 dan Pidato. Dalam pada itu, wakil pidato bagi SKSM, adik Nur Irdina Danisha Bt. Zainal Abidin telah mendapat Tempat Kedua dalam kategori tersebut. Tahniah diucapkan buat para pemenang dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan karnival ini. 






PELANCARAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH & JOM KE SEKOLAH

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 10 Mac 2019, Pelancaran Program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah serta Jom Ke Sekolah telah diadakan di tapak perhimpunan SK Seri Machap dan di rasmikan oleh Guru Besar iaitu En Shahrom Bin Saioon. Turut disampaikan adalah hadiah bagi Kelas & Kedatangan Terbaik serta Kelas Terbersih bagi bulan Februari. Tahniah diucapkan kepada para penerima hadiah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...