SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

UJIAN SEGAK-BHGN. I

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Satu ujian SEGAK bahagian I telah diadakan pada 29 Mac 2018. Untuk bahagian I ini ianya hanya melibatkan buat murid-murid Tahun 6 sahaja. Syabas buat murid-murid yang berjaya menjalani ujian SEGAK ini.
 

SUMBANGAN ANAK YATIM SKSM

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 29 Mac 2018, satu sumbangan buat anak-anak yatim SKSM telah disampaikan. Pihak SKSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang di atas sumbangan yang diberikan, semoga dimurahkan rezeki dan diberikan ganjaran pahala. Amiin.




TAHNIAH JOHAN TILAWAH AL-QURAN KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT DAERAH KLUANG !

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 28 Mac 2018, bertempat di SK Felda Kahang, telah berlangsungnya Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kluang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan SKSM telah menghantar wakil untuk pertandingan Tilawah AL-Quran (Lelaki) dan seterusnya telah mendapat Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan buat adik Haziq Ali (Tahun 6 Arif) serta kesemua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melatih anak didik SKSM ini. Syabas atas berkat usaha dan doa kalian akhirnya telah berjaya mengharumkan nama SKSM. 
credit photo: sk felda kahang timur

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Sempena cuti sekolah yang bermula pada 16 Mac 2018 hingga 25 Mac 2018, SKSM mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid dan guru SKSM. Diharap anda semua dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri selama sesi cuti persekolahan berlangsung. Juga diingatkan kepada semua murid-murid agar menyiapkan tugasan yang telah diberikan buat guru-guru. Untuk murid Tahun 6, diingatkan agar menghadiri kelas tambahan sekiranya ada.

 

PEPERIKSAAN SUMATIF 1

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
SKSM mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada murid-murid Tahap 2 yang menghadapi peperiksaan Sumatif 1 yang bermula pada 12 Mac 2018 hingga 15 Mac 2018.

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT ZON SIMPANG RENGGAM

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 10 Mac 2018, SKSM telah menyertai Karnival Pendidikan Islam Peringkat Zon Simpang Renggam. Seterusnya SKSM telah berjaya mendapat tempat untuk beberapa pertandingan yang diadakan. Tahniah dan syabas buat kesemua wakil SKSM serta para guru dan kesemua yang terlibat dalam melatih/membimbing dan mendorong wakil-wakil SKSM ini. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Haziq Ali - Johan (Tilawah Al-Quran- Lelaki)
Zakiah hanan - Tempat ke-3 (Tilawah Al-Quran- Perempuan)
Nur Arifah Athirah - Saguhati(Seni Khat)


KARNIVAL TWO-K

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Serentak dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 di SKSM, turut diadakan adalah Karnival TWO-K. Pelbagai jualan dan aktiviti permainan dijalankan. Karnival ini tamat sekitar jam 5.00 pm. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini dan SKSM juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peniaga/wakil syarikat/agensi yang sudi menyertai karnival yang dianjurkan oleh kami. 
\
Sesi bergambar kenangan bersama wakil Coway Batu Pahat





MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
 Pada 10 Mac 2018, bertempat di Dewan SK Seri Machap telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menghadiri mesyuarat tersebut sebagai tanda sokongan kepada PIBG SKSM.

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 4 Mac 2018, program Pelancaran Minggu Anti Dadah telah diadakan di tapak perhimpunan SK Seri Machap dan di rasmikan oleh Guru Besar iaitu En Shahrom Bin Saioon. Pelancaran tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa (klik disini untuk menonton video) oleh murid-murid Tahun 4. Turut disampaikan adalah hadiah bagi Kelas & Kedatangan Terbaik bagi bulan Februari. Tahniah diucapkan kepada para penerima hadiah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...