SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

PROGRAM IHYA' RAMADHAN


Ramadhan datang lagi... Alhamdulillah. Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba dalam masa beberapa hari lagi, Badan Dakwah SKSM telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan pada  25 Mei 2017. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, bacaan Yassin dan tahlil, pelancaran Ihya' Ramadhan, ucapan GB, taklimat aktiviti sepanjang ramadhan dan tazkirah. 

Untuk aktiviti sepanjang bulan ramadhan adalah, SKSM akan mengadakan tahlil perdana, tadarus (waktu 1M1S), mewarna Tahap 1, Teka Silang Kata Tahap 2, dan Khatam Al-Quram. Untuk pengetahuan, Badan Dakwah juga telah membuat pembahagian juzuk Tadarus mengikut kelab/bahagian. Antara yang terlibat adalah bola sepak, bola tampar, hoki, bola jaring, badminton serta kakitangan SKSM. Kakitangan SKSM juga turut menerima sumbangan sekotak kurma daripada Badan Dakwah SKSM

En Shahrom menyampaikan ucapan sempena Program Ihya' Ramadhan
Bacaan tahlil diketuai oleh Ustaz Mahathir
Penghargaan untuk mereka yang menjadi orang kuat program

Orang kuat program, Ustazah Zarinah menyampaikan sesi taklimat berkaitan program sepanjang bulan Ramadhan

Sebahagian bunga-bunga di SKSM

Penghargaan kepada murid yang pemurah

Tazkirah daripada Ustaz Afiq (baru sahaja bertukar di SKSM)



Video pelancaran program Ihya' Ramadhan.


Selamat maju jaya buat seluruh warga SKSM untuk aktiviti Tadarus dan Khatam.  Sekalung tahniah dituju kepada Badan Dakwah SKSM kerana berjaya menganjurkan Program Ihya' Ramadhan ini. 



1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...