SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & TAHLIL PERDANA PERINGKAT SEKOLAH

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Sebagai penutup kepada “Program Ihya' Ramadhan” anjuran Badan Dakwah SKSM, satu Majlis Khatam Al-Quran dan  Tahlil Perdana telah diadakan di Dataran Ibnu Khaldun  pada hari terakhir persekolahan bagi pertengahan penggal, iaitu hari Khamis  7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H. 
Majlis ini dimulakan dengan aktiviti mingguan, iaitu bacaan Yasin. Yang dipertua PIBG turut dijemput memeriahkan acara ini. Seterusnya, majlis khatam Al- Quran diteruskan oleh 33 orang murid dan diketuai oleh Ustaz Mohd Afiq. Tahlil juga dibacakan untuk disedekahkan kepada nama nama yang diberikan oleh keluarga warga SKSM. 
Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dikalangan murid-murid SKSM serta penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan teka silang kata yang diadakan sempena majlis Khatam Al-Quran ini.  Selain itu, seramai 9 orang anak yatim dan 23 orang murid yang tidak berkemampuan menerima sumbangan daripada SKSM. Murid-murid juga diberikan sumbangan duit raya daripada guru-guru SKSM. 


*Tahniah & syabas diucapkan buat Badan Dakwah SKSM kerana berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya dan tidak lupa juga jutaan terima kasih  kepada Guru Besar ,barisan GPK rakan-rakan guru dan staf sokongan atas segala sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit , tenaga atau sokongan yg diberikan. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...