SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

PROGRAM JOM BACA 10 MINIT

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 24 April 2018, tepat jam 11.00 pagi, warga SKSM turut menjayakan program Jom Baca 10 Minit seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan membaca dan ianya dijalankan serentak di seluruh Malaysia. Syabas buat semua !



PELANCARAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 22 April 2018, satu program yang dinamakan HIP (Highly Immersive Programme) telah dilancarkan oleh Guru Besar SKSM, En Shahrom Bin Saioon. 
Program tersebut adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran highly immersive yang menggalakkan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah seterusnya meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan warga sekolah termasuk murid-murid. 
HIP dilaksanakan melalui:
  • Whole School Aproach (melibatkan pemimpin sekolah, guru, murid, ibu bapa serta komuniti dalam aktiviti bahasa Inggeris yang dijalankan)
  • Konsep Outreach (berupaya mewujudkan kolaborasi dengan pihak luar seperti alumni sekolah, pakar Bahas Inggeris, serta agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan)

PENYAMPAIAN BANTUAN KWAPM

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, penyampaian bantuan KWAPM telah disampaikan pada 12 April 2018 di Bilik Mesyuarat SKSM. Penerima bantuan KWAPM pada tahun ini adalah seramai 59 orang. Diharap bantuan KWAPM ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bapa / penjaga.
 

PROGRAM KELUARGA PRIHATIN "KELUARGA SAYA, TANGGUNGJAWAB SAYA"

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Satu program Keluarga Prihatin yang bertemakan "Keluarga Saya, Tanggungjawab Saya" telah diadakan pada 5 April bertempat di Dewan Ibnu Khaldun SKSM berkenaan penyalahgunaan dadah. Program ini berjalan dengan kerjasama 3 buah sekolah iaitu SKSM, SK Maju Jaya serta SK Sungai Linau dan dianjurkan oleh AADK Daerah Kluang bersama Komuniti 1 Malaysia Mukim Machap, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan PIBG SKSM. Program ini melibatkan sesi ceramah oleh PRS, bekas penagih dadah serta forum yang disampaikan oleh pihak AADK Kluang, Jabatan Narkotik, dan Keluarga Sakinah . Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Diharap segala penerangan yang dikongsikan dapat dijadikan manfaat dan tauladan buat semua kita semua. 


PROGRAM BOMBA DATANG LAGI !!

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 4 April 2018 yang lalu. SKSM telah menjemput pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Renggam untuk bersama-sama menjayakan program Latihan Kebakaran Peringkat Sekolah serta taklimat berkenaan teknik menyelamat semasa kecemasan/kebakaran. Tahniah dan syabas pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Renggam kerana sudi berkongsi ilmu kepada warga SKSM. 
Sesi berkumpul/latihan kebakaran
Sesi teknik menyelamat
Sesi padam kebakaran
Sesi penyempaian cederahati
Jutaan terima kasih buat pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Renggam kerana sudi menjayakan program ini





UJIAN SEGAK BAHAGIAN II

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Ujian SEGAK bahagian II diteruskan lagi pada 2 April 2018. Untuk bahagian II ini ia melibatkan murid-murid Tahun 4 & 5.

PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KLUANG

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 14 Mac 2018, satu Pesta Pantun Sekolah Rendah telah diadakan di SK Abdul Rahman Yassin, Kluang. SKSM tidak melepaskan peluang dalam menghantar wakil yang terdiri daripada murid-murid SKSM untuk menyertainya. Barisan pemantun telah menerima sijil penyertaan beserta cenderahati. SKSM mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan para guru dalam apa jua bentuk masa, wang ringgit, tenaga dan sebagainya. Tahun ini kita timba pengalaman, tahun depan kita usaha lagi. Sekalung terima kasih buat Cikgu Ezad yang sudi menjadi jurulatih sehingga barisan pemantun  dapat berjuang sehingga suku akhir. 

TERIMA KASIH PPD KLUANG

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
SKSM mengucapkan jutaan terima kasih buat PPD Kluang diatas penghargaan Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang 2017 yang diberikan sempena Majlis Anugerah Inovasi 2018 bertempat di Dewan SJKC Chong Hwa 2, Kluang pada 27 Mac 2018 yang lalu. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada team SPBT terutamanya Guru Penyelaras SPBT iaitu Pn Zabedah Bt Abu Bakar diatas segala usaha dan komitmen yang diberikan bagi memastikan pengurusan SPBT dijalankan dengan baik dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

TERBAIK MAC 2018

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang dinobatkan sebagai Kelas Terbaik & Kedatangan Terbaik bagi bulan Mac. Antara kelas yang telah dinobatkan ialah kelas 2 Bijak (Tahap 1), 4 Arif (Tahap 2) bagi Kelas Terbaik Bulan Mac, dan untuk Kehadiran Terbaik Mencapai 99% Bulan Mac pula, dimenangi oleh 5 Arif dan 6 Bijak (Tahap 2). 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...