SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP SK SERI MACHAP

SLIDE 1

PEMANDANGAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 2

LALUAN HADAPAN BILIK j QAF

SLIDE 3

JEJANTAS SEKOLAH SK SERI MACHAP

SLIDE 4

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

SLIDE 5

BARISAN GURU TERHEBAT SKSM BERSAMA YANG DIPERTUA PIBG

KEPUTUSAN UPSR 2018

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 29 November baru-baru ini, keputusan rasmi UPSR 2018 telah diumumkan. Oleh yang demikian, murid-murid serta ibu bapa telah hadir ke sekolah sekitar jam 10 pagi dan telah menerima slip PPSR serta keputusan UPSR yang disampaikan oleh Guru Besar SKSM, En. Shahrom Bin Saioon. Tahniah diucapkan kepada murid-murid Tahun 6 kerana berjaya menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah. Doa kami agar kalian sentiasa terus cemerlang dunia akhirat.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Majlis Sambutan Maulidurrasul telah berlangsung dengan lancarnya di tapak perhimpunan SKSM pada 22 November 2018. Bermula selepas bacaan Yassin,  murid-murid serta guru-guru berkumpul di padang sekolah untuk perarakan bersama sepanduk dan bacaan selawat diadakan. Setelah selesai perarakan, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh En Shahrom Bin Saioon selaku Guru Besar SKSM. Aturcara seterusnya adalah penyampaian tazkirah yang melibatkan murid-murid Tahap 2, manakala murid-murid Tahap 1 menyertai pertandingan mewarna.


JAMUAN TAHUN 6

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 19 November 2018, jamuan Tahun 6 telah diraikan bersempena minggu terakhir sesi persekolahan bagi murid Tahun 6. Dalam pada itu, murid-murid Tahun 6 telah menerima hadiah bersempena dengan aktiviti/program pasca UPSR yang diadakan buat mereka. Semoga murid-murid Tahun 6 ini akan semakin berjaya di dunia dan di akhirat.


MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN AKADEMIK 2018

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tahniah kepada semua penerima anugerah pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik yang telah berlangsung pada 18 November 2018 di SK Seri Machap. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Machap, En. Ahmad Farhan Bin Abu Bakar. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat  En Ahmad Farhan kerana sudi merasmikan majlis ini.






SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2018

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Sempena Hari Kanak-Kanak, SKSM telah mengadakan sambutannya pada 13 November 2018. Aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, sukaneka dan jamuan akhir tahun. SKSM juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Marrybrown Ayer Hitam, kerana sudi mendatangkan maskot khas Marrybrown berikutan belian melebihi RM200 yang telah dibuat oleh pihak SKSM. Murid-murid begitu teruja dengan kedatangan maskot tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama. Selain itu, murid-murid juga diberikan aiskrim percuma untuk dinikmati. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini.

MAJLIS TAMAT PRASEKOLAH & GRADUASI TAHUN 6

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Majlis Tamat Prasekolah & Graduasi Tahun 6 yang telah berlangsung pada hari semalam (11 November 2018). Dalam pada itu, selepas berlangsungnya majlis tersebut, Anugerah HEM serta Anugerah Koko turut disampaikan.






KUNJUNGAN PUSPANITA DAERAH KLUANG

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 31 Oktober 2018, kelas Pendidikan Khas telah menerima kunjungan daripada PUSPANITA Daerah Kluang bersempena dengan lawatan Pegawai Daerah Kluang ke Mukim Machap. Selain itu, turut diadakan adalah majlis sambutan hari jadi bagi murid-murid yang berkenaan. SKSM dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada PUSPANITA Daerah Kluang serta Pejabat Daerah Kluang kerana sudi membuat kunjungan ke SKSM terutamanya ke Kelas Pendidikan Khas. 
Sesi bergambar kenangan bersama PUSPANITA Daerah Kluang



PROGRAM GOTONG ROYONG SEMAIAN

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 21 Oktober 2018, satu program yang dinamakan 'Gotong Royong Semaian' telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Fasilitator yang telah dijemput adalah En. Sapian Bin Hussin yang bertindak sebagai sukarelawan dan seterusnya menyumbang idea, kepakaran dalam semaian tanaman Lada Antarabangsa dan turut membantu ialah Cikgu Fazli Bin Aman dari SKSM. Program ini juga turut menjemput para ibu bapa/penjaga dalam menyertai aktiviti ini. Dalam program ini, kesemua yang terlibat telah mendapat manfaat dimana mereka telah diajar berkenaan cara-cara semaian lada antarabangsa.




HARI SUKAN NEGARA 2018

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera, 
Pada 13 Oktober yang lalu, SKSM telah menjayakan program Hari Sukan Negara. SKSM telah mencipta kelainan dalam menjayakan program ini kerana aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan Zumba antara rumah sukan diikuti dengan Face Painting. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan murid-murid. Tahniah dan terima kasih kepada kesemua yang telah bekerjasama bagi menjayakan program ini.

PROGRAM SUKARELAWAN DI DALAM KELAS (SDK)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 8 Oktober 2018, satu program Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) telah diadakan bermula 8.30 am- 9.30 am. Kelas yang terlibat adalah kelas Prasekolah, Pemulihan Khas, 1 Bijak dan juga 5 Bijak. Sukarelawan yang terlibat adalah terdiri daripada kalangan ibu bapa/penjaga bagi murid-murid yang bersekolah di SK Seri Machap. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat serta tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada para sukarelawan kerana sudi menawarkan diri dalam program ini. 


KUNJUNGAN MESRA ANAK-ANAK UPSR 2018

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Sehari sebelum peperiksaan UPSR buat SKSM berjalan, SKSM telah menerima kunjungan Mesra oleh Tuan Hj Mahmod Bin Kassim selaku  Pegawai Khas Menteri Pendidikan dan diiringi oleh beberapa orang pegawai dari PPD Kluang termasuk En Shahat Bin Md Shah (Timb. PPD Kluang). Kunjungan tersebut adalah untuk menyampaikan amanat buat anak-anak UPSR  SKSM yang berjumlah 57 orang. Semoga dengan kunjungan ini, dapat memberi semangat buat mereka dalam menghadapi UPSR yang akan berlangsung esok hari. 





PENTAULIAHAN PANGKAT LANDSKOPRAL TKRS

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tahniah diucapkan kepada adik NurQumairah Ayuni bt. Mohd Nor Hisham serta Musliha Syamimi bt. Mustafa kerana telah mendapat pentauliahan pangkat Landskopral Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). 


TERBAIK OGOS 2018

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang dinobatkan sebagai Kelas Terbaik & Kedatangan Terbaik bagi bulan Ogos. Antara kelas yang telah dinobatkan ialah kelas 1 Arif (Tahap 1) dan 4 Arif (Tahap 2) bagi  kategori Kelas Terbaik Bulan Ogos. Untuk kategori Kehadiran Terbaik Bulan Ogos (Mencapai 99%) pula, dimenangi oleh 2 Arif (Tahap 1) dan 5 Arif (Tahap 2)

SELAMAT MENJALANI UJIAN UPSR 2018

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Diam tak diam, tiba jua masa yang dinanti-nantikan oleh murid Tahun 6 dan juga semua guru sekolah rendah seluruh Malaysia iaitu Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Tarikh bermulanya UPSR untuk SKSM adalah pada 24 September 2018. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh para guru-guru dalam menjelang ujian ini dan kini kami berharap calon-calon UPSR bagi SKSM dapat melakukan yang terbaik untuk memastikan kejayaan dalam genggaman. Doa kami sentiasa mengiringi kalian. Semoga berjaya !!

MAJLIS RESTUKU MENGIRINGIMU

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Majlis Restuku Mengiringimu telah diadakan pada 20 September 2018 buat murid-murid Tahun 6 sebelum menduduki peperiksaan UPSR yang berlangsung pada 24 September 2018. Semoga murid-murid dapat menjalani peperiksaan dengan tenang berkat doa dan dorongan guru-guru SKSM. Semoga kejayaan dapat dikecapi !

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 2018 – PART VI (PERTANDINGAN NYANYIAN PATRIOTIK)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Aktiviti Bulan Kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik untuk memupuk semangat patriotik di kalangan murid-murid. Pertandingan ini melibatkan kesemua kelas iaitu dari Prasekolah hingga ke kelas Tahun 6. Melalui pertandingan ini juga, guru-guru dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SKSM seterusnya dapat mengenalpasti murid-murid yang boleh diketengahkan bakat mereka ke mana-mana pertandingan yang seumpanya. Pertandingan ini  turut diadili oleh barisan pentadbir SKSM.


AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 2018 - PART V (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan Deklamasi Sajak untuk memupuk semangat patriotik di kalangan murid-murid. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 (Sajak BM) dan Tahap 2 (Sajak BI). Melalui pertandingan ini juga, guru-guru dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SKSM seterusnya dapat mengenalpasti murid-murid yang boleh diketengahkan bakat mereka ke mana-mana pertandingan yang seumpanya. Pertandingan ini diadili oleh barisan pentadbir SKSM. 






AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 2018 - PART IV (PERTANDINGAN PAKAIAN SERIKANDI/PAHLAWAN)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan Pakaian Serikandi/Pahlawan. Pertandingan ini dijalankan pada 5 September 2018. Pelbagai pakaian telah digayakan oleh murid-murid SKSM yang terlibat. Tahniah dan syabas buat guru-guru yang bertungkus lumus membantu menguruskan para peserta bagi menghasilkan gaya yang terbaik. 

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 2018 - PART III (PERMAINAN DALAMAN TRADISIONAL)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pada 4 September, aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan diteruskan lagi dengan Permainan Dalaman Tradisional. Aktivti tersebut diisi pada slot 1M1S. Pelbagai permainan dijalankan seperti Tating Lawi, Dam Haji/Ular, Konda-Kondi, Batu Seremban, Congkak, Baling Tin, Baling Selipar, Galah Panjang, Keting-ting, Takraw, Ceper dan juga Lompat getah. Berdasarkan pemerhatian (Rujuk gambar), kita dapat melihat murid-murid serta guru-guru begitu teruja ketika melibatkan diri dalam setiap permainan. 



AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 2018 - PART II (PERTANDINGAN MEWARNA/MELAKAR MEWARNA)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Aktiviti Bulan Kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1/Prasekolah dan Melakar Mewarna bagi Tahap 2 pada 29 Ogos 2018. Nama pemenang akan diumumkan pada program penutupan bulan kemerdekaan yang dijangka akan diadakan pada 13 September 2018. 




AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 2018 - PART I (PERTANDINGAN SUDUT SEJARAH)

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan yang diadakan pada 16 Ogos 2018 baru-baru ini, panitia sejarah telah mengadakan beberapa aktivti sepanjang 16 Ogos - 13 September 2018. Aktiviti tersebut telah dimulakan dengan pertandingan Sudut Sejarah untuk semua kelas. Setiap kelas telah diminta untuk menyediakan satu ruangan khas yang dinamakan Sudut Sejarah yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan dengan sejarah Malaysia. Tempoh masa untuk menyiapkan Sudut Sejarah adalah dari 16 Ogos - 11 September 2018.










SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Ogos 2018. Warga SKSM disajikan dengan pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah beserta persembahan sketsa kemerdekaan oleh murid-murid Tahun 4 Arif dan 4 Bijak. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Klik disini untuk menonton video Sambutan Bulan Kemerdekaan.


SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Kami daripada SKSM mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Sehubungan dengan itu, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa bermula pada 26 Ogos 2018.


TERBAIK JULAI 2018

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang dinobatkan sebagai Kelas Terbaik & Kedatangan Terbaik bagi bulan Julai. Antara kelas yang telah dinobatkan ialah kelas 2 Bijak (Tahap 1) dan 6 Arif (Tahap 2) bagi Kelas Terbaik Bulan Julai, dan bagi Kehadiran Terbaik Bulan Julai (Mencapai 99%) pula, dimenangi oleh 6 Arif 

KEM LENCANA PENGAKAP KLUANG PERINGKAT DAERAH KLUANG

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Pada 26 Julai 2018, SKSM telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai Kem Lencana Pengakap Kluang Peringkat Daerah Kluang yang diadakan di Sk Syed Zain AlShahab, Kluang yang berlangsung sehingga 28 Julai 2018. Objektif kem ini adalah untuk memastikan murid mencapai sijil lencana gangsa,perak dan emas. Tahniah diucapkan kepada guru pengiring kerana bertungkus-lumus memastikan SKSM dapat menyertai kem tersebut serta tidak lupa jua kepada murid-murid yang berjaya mencapai sijil lencana tersebut



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...