Pada 5 Februari 2017, Tn. Hj Noorhafizam b. Daud, Pegawai Aset Peh.Pend.Daerah Kluang, yang juga merupakan bapa angkat SKSM telah merasmikan program 'Jom Ke Sekolah', serta melancarkan Peti Aduan Murid sebagai kemudahan kepada murid-murid untuk membuat sebarang aduan berkaitan salah laku murid-murid. Antara mereka yang turut dijemput hadir adalah, YDP PIBG, En Zainal, dan juga Sarjan Mamat Yuti b Jusuh (Pegawai Perhubungan Sekolah, Balai Polis Simpang Renggam). Selain itu, acara penyampaian hadiah bagi Kelas Terbaik, Kedatangan Terbaik dan juga bulan kelahiran bagi guru-guru/murid-murid yang lahir pada bulan tersebut turut diadakan.
|
Simbolik pelancaran dan perasmian
|
|
En Shahrom membacakan teks ucapan YB Menteri Pendidiikan |
|
Sarjan Mamat Yuti membacakan teks ucapan YDH Ketua Polis Negara |
|
Penyampaian cenderamata kepada Sarjan Mamat Yuti b Jusuh |
|
Penyampaian cenderamata kepada Th. Hj Noorhafizam b. Daud |
|
Penyampaian hadiah bagi Kedatangan Terbaik serta Kelas Terbaik
|
|
Penyampaian 'Cup Cake' untuk murid-murid yang lahir pada bulan tersebut. |
|
Penyampaian 'Cup Cake' untuk guru-guru yang lahir pada bulan tersebut
Semoga murid-murid lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah serta dapat memanfaatkan Peti Aduan Murid untuk kecemerlangan dan kesejahteraan SKSM. Aamiin, Insha'allah. |